Terma penggunaan Laman Web Sokongan Pelanggan VEEV-VAPE

Kemas kini terakhir: Februari 1, 2024

Pengenalan

Anda telah dihalakan ke sini berhubung penggunaan Laman Web Sokongan Pelanggan VEEV-VAPE (“Laman web”) oleh anda, yang dikendalikan oleh ahli kumpulan syarikat Philip Morris International.

Siapakah kami? Kami adalah ahli kumpulan syarikat Philip Morris International.

Bagaimanakah anda menerima terma ini? Jika anda menggunakan laman Web ini, anda menerima terma penggunaan ini (“Terma”). Jika anda tidak bersetuju untuk diikat oleh Terma ini, maka anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini. Terma ini akan dipaparkan sebelum anda log masuk ke Laman Web ini buat pertamakali. Terdapat beberapa peruntukan penting berhubung penggunaan Laman Web ini oleh anda: anda perlu membaca peruntukan ini sebelum menggunakan Laman Web ini kerana anda akan terikat dengan peruntukan berkenaan.

JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI.

Terma selanjutnya: Jika anda ingin menggunakan bahagian tertentu Laman Web ini, bahagian ini mungkin tertakluk pada terma dan notis lain. Jika hal ini berlaku, perkara ini akan dibawa kepada perhatian anda dan dalam sesetengah keadaan anda perlu membaca dan mengesahkan penerimaan mana-mana terma sebelum meneruskan.

Perubahan kepada Terma ini: Kami boleh meminda Terma ini dari semasa ke semasa. Apabila kami berbuat demikian, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan seperti ini pertama kali anda log masuk ke Laman Web ini setelah perubahan tersebut dibuat. Jika selepas itu anda meneruskan penggunaan Laman Web ini, penggunaan anda akan bermaksud anda menerima Terma yang dikemas kini ini. Tarikh di bahagian atas halaman ini menunjukkan kali terakhir Terma ini dikemas kini.

Pengunaan Laman Web ini

Laman web ini bertujuan untuk digunakan oleh orang dewasa yang berusia 18 tahun ke atas yang bermastautin di Malaysia (“Pengguna yang Dihasratkan”). Jika anda tidak memenuhi keperluan ini, anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini.

Untuk menyediakan akaun untuk Laman Web ini, anda mesti memberi kami beberapa maklumat peribadi bagi membolehkan kami mengesahkan kelayakan anda untuk menggunakannya. Lazimnya, ini termasuk nama, usia, NRIC, (atau dokumen seumpamanya), negara tempat mastautin, alamat e-mel dan nombor telefon. Kami akan menyimpan maklumat ini berlandaskan Dasar Privasi kami (lihat bahagian “Privasi dan Kuki” di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.)

Pendaftaran dan maklumat anda

Jika anda ingin menggunakan Laman Web ini, anda perlu mendaftar akaun. Anda perlu melakukan ini sewaktu anda membeli mana-mana peranti kami di laman web ini. Memberi kepada kami maklumat yang tepat, lengkap dan terkini untuk akaun anda adalah penting. Anda bersetuju untuk memastikan maklumat ini tepat, lengkap dan terkini. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mendedahkan kata laluan akaun anda kepada mana-mana pihak. Anda bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda, sama ada anda tahu mengetahui tentang aktiviti itu atau tidak tahu.

Anda tidak boleh menggunakan kata laluan atau akaun orang lain. Anda tidak boleh cuba mendapatkan akses tanpa izin kepada Laman Web ini. Sekiranya anda cuba berbuat demikian, membantu orang lain untuk berbuat demikian atau mengedarkan arahan, perisian atau alat untuk tujuan ini, kami akan menutup akaun anda. Jika sesiapa selain daripada anda menggunakan akaun anda, kami boleh menggantung atau menamatkan akaun anda (lihat bahagian bertajuk “Pengubahsuaian dan penggantungan Laman Web ini” di bawah). Anda mesti memaklumkan kami dengan segera tentang apa-apa penggunaan nama pengguna, kata laluan atau maklumat akaun anda yang lain, atau apa-apa pelanggaran keselamatan lain yang anda dapat tahu yang melibatkan akaun anda atau Laman Web ini.

Pengubahsuaian dan Penggantungan Laman Web ini

Kami berhak untuk mengubah suai, menggantung, atau menamatkan operasi atau akses kepada Laman Web ini, atau mana-mana bahagiannya, menurut budi bicara kami. Sebagai contoh, kami boleh menamatkan operasi Laman Web ini untuk pengguna jika kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Laman Web ini digunakan oleh seseorang selain daripada Pengguna yang Dihasratkan.

Kami juga boleh mengemas kini Laman Web ini dan menukar kandungannya pada bila-bila masa. Meskipun kami melakukan usaha yang munasabah untuk mengemas kini maklumat pada Laman Web ini, harap maklum bahawa apa-apa kandungan padanya mungkin sudah lama pada bila-bila masa tertentu, dan kami tiada obligasi untuk mengemas kini maklumat tersebut.

Kami juga boleh mengganggu operasi biasa Laman Web ini, atau mana-mana bahagiannya, mengikut keperluan untuk melaksanakan penyelenggaraan rutin atau bukan rutin, membetulkan kesilapan, atau untuk membuat perubahan lain.

Penggunaan Laman Web dan bahan ini

Laman Web ini dan semua kandungannya (termasuk perisian, fail, grafik, data, imej dan bahan lain) (“Bahan”) adalah hak milik eksklusif kami, sekutu kami, atau pemberi lesen kami (atau mana-mana gabungan perkara yang dinyatakan di atas), dan adalah dilindungi oleh undang-undang di Malaysia dan di negara-negara lain.

Kesemua hak harta intelektual dalam Bahan ini adalah hak kami atau pemberi lesen kami. Anda tidak boleh menggunakan, mengubah suai, menyalin, menghasilkan semula, menerbitkan semula, memuat naik, menyiarkan, menghantar, mengedar, menjual, melesen, menyewa, memaparkan atau mempersembahkan kepada awam, menghebahkan, menyunting, mengadaptasi, atau mencipta kerja terbitan, atau melakukan kejuruteraan terbalik, dalam apa jua cara pun pada mana-mana bahagian Laman Web ini atau mana-mana Bahan ini.

Laman Web dan Bahan ini disediakan semata-mata untuk penggunaan anda sendiri sahaja. Anda tidak boleh menggunakannya untuk apa-apa tujuan lain (sebagai contoh, anda tidak boleh menggunakannya untuk tujuan perniagaan atau komersil). Beri perhatian pada perenggan “Had Liabiliti” di bawah.

Pautan

Laman Web ini mungkin menyertakan pautan ke laman web pihak ketiga. Pautan ini disediakan untuk kemudahan anda sahaja. Oleh sebab kami tiada kawalan ke atas laman web pihak ketiga, dan kami tidak menyemak laman-laman web ini, harap maklum bahawa:

  • kami tidak mengesah laman web ini, kami tidak bertanggungjawab untuk laman web ini, dan kami tidak membuat apa-apa perjanjian berhubung laman web ini: khususnya, kami tidak bertanggungjawab untuk terma yang menjadi asas kepada ketersediaan laman web ini atau amalan privasi laman web ini, ketersediaan laman web ini, kandungan laman web ini, pengiklanan, produk, atau bahan, perkhidmatan atau maklumat lain pada atau yang tersedia pada laman web ini; dan
  • Jika anda mengakses mana-mana laman web seperti ini, anda melakukannya atas risiko anda sendiri.

Anda tidak boleh membingkai, melakukan pautan atau melakukan pautan mendalam ke Laman Web ini, ke mana-mana laman web.

Privasi dan kuki

Setakat yang kami mengumpul apa-apa data peribadi mengenai anda dalam Laman Web ini, kami akan mengumpul dan memproses data ini berlandaskan Dasar Privasi kami. Sila baca untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat peribadi apa yang kami kumpul tentang anda, bagaimana kami menggunakannya, dengan siapa kami berkongsi, bagaimana kami melindunginya, hak anda dan bagaimana anda boleh melaksanakan hak ini.

Laman Web ini juga menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk mengumpul maklumat pelawat tertentu secara automatik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi seperti ini (termasuk kuki analitik Google), bagaimana kami menggunakannya, dan bagaimana anda boleh menerima atau menolaknya, sila lihat Notis Kuki kami.

Anda hendaklah menyemak our Dasar Privasi dan Notis Kuki kami sebelum menggunakan Laman Web ini, seperti Terma ini, kami boleh menukarnya pada bila-bila masa.

Penafian

Walaupun kami melakukan yang terbaik untuk menyediakan Laman Web bermaklumat yang memberi anda maklumat tentang penggunaan, penyelenggaraan, dan penjagaan peranti VEEV ONE anda yang betul, melainkan kami menyatakan secara jelas perkara yang bertentangan dengan Terma ini, Laman Web ini disediakan kepada anda atas dasar "sebagaimana yang tersedia”. Selain itu:

  • Anda bertanggungjawab – bukan kami – untuk memastikan Laman Web ini sesuai untuk tujuan yang anda hasratkan apabila anda menggunakannya;
  • kami tidak menanggung apa-apa liabiliti kepada anda berhubung Laman Web ini (tertakluk pada perenggan mengenai “Had Liabiliti” di bawah); dan
  • kami tidak menanggung apa-apa liabiliti tentang kesesuaian Laman Web ini dalam memenuhi keperluan anda dan, setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang, kami mengecualikan semua janji dan waranti yang tersurat dan tersirat, termasuk:

    • bahawa Laman Web ini, atau apa-apa kandungan yang terdapat di dalamnya atau yang dihantar melalui Laman Web ini, atau sebaliknya disediakan berhubung Laman Web ini, adalah tepat, lengkap, menepati masa, terkini, sesuai, atau akan beroperasi tanpa apa-apa ralat;

    • bahawa akses kepada Laman Web ini tidak akan terganggu, atau tanpa ralat; dan

    • bahawa Laman Web ini, atau sistem komputer yang menyediakan Laman Web ini, adalah bebas daripada virus atau komponen memudaratkan yang lain.

Had Liabiliti

Kami tidak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan oleh undang-undang, liabiliti untuk kematian, kecederaan diri yang diakibatkan oleh kecuaian, atau liabiliti yang berpunca daripada salah representasi kami yang bersifat menipu atau kecuaian yang melampau.

Kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk apa-apa kehilangan atau ganti rugi yang berpunca daripada penggunaan Laman Web ini oleh anda yang melanggar Terma ini, atau yang diakibatkan oleh bahan atau tindakan yang memudaratkan dari segi teknologi (seperti virus atau serangan penafian perkhidmatan yang tersebar) yang mungkin menjejaskan peralatan komputer anda, program komputer, data atau bahan lain berhubung penggunaan Laman Web ini oleh anda atau mana-mana laman web yang dipautkan kepadanya.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa pengendalian Laman Web ini bergantung pada fungsi internet yang betul dan berkesan dan peralatan serta perkhidmatan pihak ketiga lain (termasuk peranti anda sendiri atau pelayar web), yang kami tidak jamin, dan tidak akan bertanggungjawab untuk perkara ini dalam apa jua cara sekalipun.

Kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau ganti rugi khusus, tidak langsung, punitif atau yang terhasil, atau apa-apa kehilangan data, keuntungan, hasil, perniagaan, atau muhibah.

Jika anda mengakibatkan gangguan teknikal kepada Laman Web ini atau sistem yang memancarkan Laman Web ini kepada anda atau pihak lain, anda bersetuju untuk bertanggungjawab untuk semua kerugian, liabiliti, perbelanjaan, ganti rugi, dan kos, termasuk yuran guaman dan kos mahkamah yang munasabah, yang berpunca daripada atau terhasil daripada gangguan ini.

Bidang kuasa dan undang-undang yang mentadbir

Undang-undang Malaysia (“Bidang Kuasa”) yang mentadbir Terma dan penggunaan Laman Web ini oleh anda. Anda bersetuju tanpa boleh dibatalkan dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah yang terletak di Malaysia untuk melaksanakan apa-apa tindakan bagi menguatkuasakan Terma ini.

Hak penting lain yang kami ada di bawah terma ini

Kami boleh memindahkan hak dan obligasi di bawah Terma ini kepada organisasi lain, tetapi ini tidak akan menjejaskan hak anda di bawah Terma ini.

Jika kami gagal menegaskan supaya anda melaksanakan mana-mana obligasi anda di bawah Terma ini, atau jika kami tidak menguatkuasakan hak kami terhadap anda, atau jika kami menangguhkan usaha berbuat demikian, itu tidak bermaksud bahawa kami telah mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan apa-apa kegagalan seperti ini terhadap anda, atau anda tidak perlu mematuhi obligasi ini. Jika kami memutuskan untuk mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan sesuatu keingkaran atau pelanggaran Terma ini oleh anda, kami akan berbuat demikian secara bertulis.

Setiap perenggan Terma ini beroperasi secara berasingan. Ini bermaksud, jika mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan bahawa mana-mana terma ini melanggar undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan, perenggan yang selebihnya akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.

Terma ini tidak dihasratkan untuk memberi hak kepada sesiapa melainkan kepada anda dan kami.

Cara menghubungi kami

Sila hubungi Sokongan Pelanggan VEEV-VAPE kami di talian 1800-81-0958 atau melalui contact.my@veev-vape.com jika:

  • anda percaya bahawa Laman Web ini melanggar hak harta intelektual anda, mengandungi kandungan yang melanggar undang-undang, menyinggung perasaan, atau melanggar hak anda atau mana-mana pihak ketiga; atau
  • untuk mengajukan apa-apa pertanyaan yang anda mungkin ada tentang Terma atau Laman Web ini.
Pesanan E-Commerce dan Polisi Pemulangan

Terma dan syarat di bawah seksyen “E-Commerce” tertakluk kepada semua jualan dan pembelian melalui Laman Web. Semua transaksi dan pelengkapan pesanan yang terhasil daripada Laman Web ini diuruskan oleh rakan E-Commerce kami yang dilantik (mungkin akan berubah dari masa ke semasa tanpa sebarang notis). Untuk maklumat lanjut berkaitan rakan E-Commerce kami, sila lihat bahagian Hubungi Kami (“Rakan E-Commerce”).

Dengan membuat pesanan melalui Laman Web, anda bersetuju bahawa terma dan syarat di bawah seksyen “E-Commerce” akan dimasukkan antara anda dan juga Rakan E-Commerce. Syarikat yang berkenaan dengan Philip Morris International tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pertikaian yang timbul daripada pembelian sebarang produk melalui Laman Web.

Terma ‘kami” di bawah seksyen “E-Commerce” merujuk kepada Rakan E-Commerce sahaja.

Kami mempunyai hak untuk tidak menerima sebarang pesanan yang diterima oleh kami. Apabila kami tidak menerima pesanan, ini akan menyebabkan seperti yang berikut:

  • Produk yang anda pesan tidak terdapat dalam stok.
  • Kami tidak berupaya untuk mendapatkan pengesahan untuk pembayaran anda atau mengesyaki berlaku sebarang penipuan.
  • Identifikasi harga atau deskripsi produk salah.
  • Kami tidak berupaya untuk membuat penghantaran ke alamat tertentu.
  • Anda tidak memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Terma ini, termasuk kami mengesyaki anda tidak berusia 18 tahun dan ke atas.

Anda boleh membuat pembayaran untuk pesanan anda melalui pelbagai cara yang terdapat pada laman web kami. Terma ini terpakai untuk jenis pembayaran seperti di bawah:

Kad Kredit

  • Pilihan pembayaran kredit kad tersedia melalui Penyedia Servis Pembayaran (“PSP”) kami. PSP kami menerima semua kad kredit utama di Malaysia.

Perbankan atas talian

  • Dengan memilih cara ini, pembayaran untuk produk akan dihantar kepada akaun PSP kami untuk pengiraan jumlah keseluruhan yang akan dicaj terhadap pesanan anda (termasuk sebarang cukai yang berkaitan, caj, dan kos pengurusan). Transaksi hanya dalam Ringgit Malaysia.
  • Buat masa kini, PSP kami menerima pemindahan perbankan atas talian daripada semua bank utama di Malaysia.

E-Wallet

  • Pilihan E-Wallet tersedia melalui Penyedia Servis Pembayaran (“PSP”) kami. PSP kami menerima GrabPay, Maybank QRPay, TnG Digital & Boost.

Pengendali PSP kami menguruskan maklumat kad kredit dan perbankan anda mengikut Standard Sekuriti Data Pembayaran Industri (PCI DSS).

Penghantaran produk akan dilakukan mengikut alamat tertentu yang dinyatakan dalam pesanan anda. Jika penghantaran lewat lebih daripada 10 hari waktu bekerja, anda boleh menghubungi kami untuk membatalkan pesanan dan kami akan mengembalikan wang yang anda bayar. Kami memerlukan orang berusia 18 tahun dan ke atas untuk menandatangan sebarang penghantaran. Tanpa ini, kami tidak boleh melengkapkan penghantaran dan VEEV-Vape Care Team akan menghubungi anda untuk membuat penetapan alternatif sekiranya penghantaran tidak boleh dibuat.

Anda perlu menyimpan resit produk yang telah dihantar untuk sebarang rujukan pada masa depan.

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mungkin tidak boleh membuat penghantaran ke sesetengah lokasi. Jika berlaku kes seperti ini, kami akan memberitahu anda melalui maklumat lanjut yang telah diberikan kepada kami dan menguruskan pembatalan pesanan, atau penghantaran ke alamat alternatif.

Penghantaran pantas bererti masa penghantaran dan penerimaan pesanan anda akan mengambil masa sekurang-kurangnya 48 jam selepas pengesahan pesanan.

Penghantaran dalam tempoh 48 jam ini berdasarkan kelajuan penghantaran servis kurier yang dilantik oleh kami. Perkara ini tertakluk kepada sebarang penangguhan yang tidak dapat dielakkan.

Kami akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan semua maklumat lanjut, deskripsi dan harga produk dipaparkan pada laman web adalah tepat. Walaupun kami cuba memastik laman web ini dikemas kini dari masa ke samasa, maklumat seperti deskripsi produk yang dipaparkan pada laman web pada sesetengah masa mungkin tidak selalu dikemaskini.

Pengembalian & Pembayaran semula
  • Pengembalian semula sah untuk pesanan yang dibuat melalui seksyen VEEV-VAPE.com dan pesanan yang didaftarkan ketika pembelian.
  • Pesanan yang dibuat pada e-marketplace atau kedai VEEV-VAPE adalah tidak sah.
  • Pengembalian dibenarkan dalam masa 14 hari selepas penghantaran berjaya.
  • Pakej yang yang telah dibuka, diguna dan tidak dibuka adalah dibenarkan.
  • Jika sebarang maklumat yang diperlukan tidak lengkap, kami mempunyai hak untuk menolak permohonan pemulangan.
  • Peranti/aksesori yang dikembalikan mestilah sepadan dengan aksesori yang dipesan daripada VEEV-VAPE.com, sepertimana yang dinyatakan dalam Pesanan.
  • Ketika pengesahan permohonan pemulangan, pembayaran semula untuk pembayaran yang dibuat melalui kad kredit, prinsipal e-wallet akan mengambil masa 7-14 hari berkerja dan akan dikembalikan ke akaun kad/akaun e-wallet anda.
  • Pembayaran pengembalian wang akan dibuat melalui perbankan atas talian akan mengambil masa 7-14 hari bekerja daripada tarikh anda memberi kami maklumat akan bank anda. Kami akan menghubungi anda untuk untuk tujuan tersebut.
  • Kami mempunyai hak untuk menukar Polisi Pengembalian & Pembayaran Semula VEEV-VAPE.com E-Commerce tanpa sebarang notis pemberitahuan.

Syarat-syarat penggunaan dan privasi anda di halaman media sosial ini

Anda mungkin telah dibawa ke sini daripada salah satu halaman media sosial VEEV-VAPE kami (“halaman media sosial”), seperti halaman Customer Care dari Akaun Media Sosial kami (cth. Facebook, akaun komunikasi jenama produk PMI di Instagram, dsb.). Dalam dokumen ini, semua akaun tersebut akan dirujuk bersama sebagai "Akaun Media Sosial".

Akaun Media Sosial ini ditujukan untuk perokok dewasa yang ingin terus menikmati produk tembakau serta pengguna jenama produk PMI yang berada dalam pasaran Malaysia, dan dengan melibatkan diri dengan Akaun Media Sosial kami, Anda mengesahkan yang Anda memenuhi kriteria berkenaan.

Siapakah kami?

Kami adalah ahli kumpulan syarikat Philip Morris International (“PMI”). Kami telah memperkenalkan diri kami kepada Anda, dan memberikan butiran hubungan kami dalam laman web di mana dokumen ini (“Syarat-syarat”) diterbitkan, at au pada Akaun Media Sosial yang tertentu dengan sewajarnya.

Cara untuk menerima Syarat-syarat ini

Dengan menggunakan mana-mana Akaun Media Sosial kami, Anda bersetuju untuk mematuhi Syarat-syarat ini. Anda juga bersetuju untuk mematuhi mana-mana syarat penggunaan khusus platform lain yang berkenaan (cth. Penyata Hak dan Tanggungjawab Facebook, Syarat Penggunaan Instagram, dsb.).

Amalan-amalan Peralihan Yang Baik dan Kewajipan Pendedahan Kami

Sebelum kami menerangkan kepada Anda perkara yang Anda patut atau tidak patut lakukan atas Akaun Media Sosial kami, berikut adalah beberapa perkara yang perlu Anda ketahui tentang jenama produk PMI:

PMI menawarkan pelbagai produk bebas asap rokok yang berkualiti dan terbukti secara saintifik yang merupakan pilihan yang lebih baik daripada meneruskan merokok. Visi kami adalah bahawa suatu hari nanti produk bebas asap kami akan menggantikan rokok

  1. Merokok menyebabkan penyakit-penyakit serius dan ketagihan. Ternyata, keputusan terbaik yang boleh diambil oleh seseorang perokok adalah untuk berhenti menggunakan tembakau dan nikotin sepenuhnya.
  2. Orang di bawah umur tidak harus menggunakan sebarang bentuk tembakau atau nikotin.
  3. Produk-produk bebas asap rokok PMI adalah untuk orang dewasa yang, jika tidak beralih, akan terus merokok atau menggunakan produk nikotin lain.
  4. Kami tidak menawarkan produk-produk bebas asap rokok PMI kepada orang yang tidak pernah menggunakan produk tembakau atau nikotin, ataupun kepada mereka yang telah sama-sekali berhenti menggunakan produk tembakau dan nikotin. Produk-produk bebas asap rokok kami bukan alternatif untuk berhenti merokok ataupun alat bantuan untuk berhenti.
  5. Produk-produk bebas asap rokok PMI adalah tidak bebas risiko dan ia mengandungi nikotin, yang menyebabkan ketagihan. Walau bagaimanapun, bertukar kepada produk bebas asap rokok adalah pilihan yang lebih baik daripada meneruskan merokok.
  6. Melalui pendidikan dan bimbingan, kami memberi sokongan kepada pengguna-pengguna dewasa produk bebas asap rokok kami dalam usaha mereka untuk beralih sepenuhnya.
  7. Untuk pengguna mendapat manfaat produk bebas asap rokok, mereka mestilah beralih sepenuhnya dan terus kekal berhenti merokok.
  8. Kami memberitahu pengguna semua maklumat keselamatan yang berkenaan mengenai produk bebas asap kami.
Sumbangan Anda

Kami akan sentiasa memantau semua Akaun Media Sosial, membalas dan menyampaikan seberapa banyak cadangan berguna yang boleh. Kami gembira Anda berada di sini dan kami mengharapkan maklum balas dan perbualan yang bermanfaat. Namun, kami perlu pastikan perbualan ini sentiasa bersih dan positif.

1. Anda bertanggungjawab ke atas kandungan yang Anda siarkan pada Akaun Media Sosial dan kami berhak untuk membuang sebarang kandungan yang mengandungi:

  • Bahasa yang menyinggung perasaan atau kesat
  • Kata-kata berbaur kebencian atau diskriminasi mengenai kaum, etnik, agama, jantina, ketidakupayaan, orientasi seksual atau kepercayaan politik
  • Pautan atau komen yang mengandungi bahan kandungan berunsur seksual
  • Pelanggaran hak cipta atau hak harta intelek
  • Spam, pautan umpan atau fail yang mengandungi virus yang boleh merosakkan operasi komputer atau peranti mudah alih orang lain
  • Menyerang golongan tertentu atau sebarang komen yang bertujuan untuk mengganggu, mengugut atau mendera mana-mana individu
  • Unsur pemerdagangan atau mempromosikan pesaing
  • Maklumat sulit atau rahsia perdagangan
  • Menyamar sebagai mana-mana orang atau organisasi

2. Kami berhak untuk melarang atau menyekat kandungan penyiaran pengguna seperti yang diterangkan di atas dan disebabkan corak penyiaran yang tidak sesuai atau yang dianggap perlu oleh kami, atau membuang sebarang kandungan pada Akaun Media Sosial kami jika kami berpendapat bahawa kandungan berkenaan tidak mematuhi Syarat-syarat ini atau mana-mana syarat penggunaan khusus di platform lain yang berkenaan. Kami juga tidak bertanggungjawab untuk memberitahu Anda tentang sebarang keputusan yang dibuat sedemikian.

3. Lesen untuk menggunakan Kandungan Buatan Pengguna (“UGC”). Kami ingin menggunakan semula kandungan yang Anda serahkan dan siarkan, Jika Anda ingin Kami untuk menggunakan kandungan Anda, sila hantar kepada kami melalui Mesej Peribadi (DM) Akaun Media Sosial kami.

a) Untuk mana-mana UGC yang Anda kongsi dengan kami, anda menyatakan dan menjamin bahawa:

  • i. Anda adalah pengguna semasa peranti vape VEEV ONE dan berumur sekurang-kurangnya 18 tahun (jika Anda tidak muncul dalam UGC yang dipilih) atau sekurang-kurangnya 25 tahun (jika anda kelihatan dan dapat dikenali dalam UGC yang dipilih);
  • ii. UGC berkenaan merupakan karya asal Anda dan tidak melanggar mana-mana harta intelek, keperibadian atau hak lain yang dimiliki oleh mana-mana pihak ketiga;
  • iii. Kebenaran daripada anda untuk menggunakan UGC di bawah perjanjian ini (“Lesen Anda”) tidak melanggar atau bercanggah dengan pengaturan kontrak sedia ada Anda atau undang-undang yang terpakai;
  • iv. Mana-mana individu yang kelihatan dalam UGC berkenaan termasuk anda sendiri berumur sekurang-kurangnya 25 tahun, dan Anda mempunyai kebenaran daripada individu tersebut untuk: A) mengambil gambar atau merakam mereka , B) memasukkan gambar, bunyi dan/atau video mereka dalam UGC dan iii) jika berkenaan, gunakan nama mereka untuk dikongsi oleh PMI dan ahli gabungannya untuk tujuan yang disenaraikan di bawah tanpa sebarang pampasan yang perlu dibayar kepada mereka, dan iv) Anda akan memberikan PMI salinan kebenaran bertulis daripada mereka jika diminta untuk berbuat sedemikian oleh PMI.
  • b) Anda memiliki semua hak Anda ke atas UGC berkenaan, tetapi Anda dengan ini memberikan PMI dan ahli gabungannya, lesen berterusan tanpa bayaran royalti untuk menggunakan dan menyalin, termasuk untuk tujuan komersial, UGC berkenaan bagi semua tujuan yang sah termasuk pemasaran, promosi dan/atau pengiklanan jenama bebas asap PMI, serta produk, perkhidmatan dan bahan promosi yang berkaitan dengannya, mengikut budi bicara mutlak PMI dan tanpa sebarang liabiliti atau waranti (secara nyata atau tersirat) berkenaan dengan penggunaannya oleh kami, bermula dari tarikh Anda memberikan PMI dan sekutunya Lesen Anda.
  • c) Anda memberikan PMI dan ahli gabungannya hak untuk menghasilkan semula, mengubah suai, memaparkan dan menyediakan karya terbitan, mempersembahkan secara terbuka, memaparkan, mengedar, menyiarkan, dan sebaliknya menggunakan UGC, secara keseluruhan atau sebahagian dalam apa jua cara yang dikehendaki oleh PMI (atau mana-mana ahli gabungannya), untuk tujuan di atas, dalam mana-mana media yang digunakan untuk penerbitan dan di mana-mana lokasi.
  • d) Anda membenarkan PMI dan ahli gabungannya menggunakan nama, nama panggilan, rupa, nama samaran, hak publisiti, suara, persembahan secara langsung atau rakaman, autograf, gambar dan maklumat biografi Anda dan mana-mana individu lain yang termasuk dalam UGC menurut notis privasi kami yang tersedia di https://pmiprivacy.com/malaysia/ms/consumer/ dan bahawa Anda telah memberitahu hal ini kepada mana-mana individu lain yang termasuk dalam UGC.
  • e) Jika UGC melanggar mana-mana hak proprietari mana-mana pihak ketiga atau memfitnah atau menceroboh hak privasi atau publisiti mana-mana individu, Anda akan melindungi dan mempertahankan PMI, dan memastikan PMI dan sekutunya tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana dan semua tuntutan, permintaan, ganti rugi, liabiliti, kerugian, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran ini.
  • f) Anda bersetuju bahawa Lesen Anda diberikan secara sukarela dan Anda bebas untuk menawarkannya kepada PMI.
  • g) Anda boleh menarik diri daripada perjanjian Lesen Anda untuk UGC masa hadapan pada bila-bila masa dengan menghubungi ugc-claims@pmi.com (id e-mel) atau dengan cara lain mengikut arahan yang ditetapkan dalam syarat penggunaan pada saluran kami. Walaupun Anda menarik diri, Lesen Anda masih akan kekal sah dan boleh dikuatkuasakan jika berkenaan dengan mana-mana UGC di mana Lesen Anda telah diberikan dan/atau telah disiarkan pada saluran kami, akaun kami, atau di mana-mana saja yang berkenaan mengikut syarat penggunaan yang terpakai, sebelum Anda menarik diri. Sila pertimbangkan bahawa permintaan menarik diri anda mungkin akan mengambil sedikit masa untuk diproses, tetapi kami akan berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin.
  • h) Anda boleh menghubungi ugc-claims@pmi.com (id e-mel) untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan mengenai Lesen Anda, jika Anda percaya bahan yang dilindungi hak cipta atau harta intelek Anda telah digunakan tanpa kebenaran, atau jika hak privasi atau peribadi Anda telah dilanggar.
  • i) Lesen anda akan ditadbir di bawah undang-undang Switzerland dan tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Lausanne, Switzerland, tanpa mengambil kira sebarang percanggahan peruntukan undang-undang antarabangsa, dan mengecualikan Konvensyen 1980 U.N. mengenai Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa.

Sila ingat, sebarang kandungan daripada Anda atau individu lain tidak semestinya mewakili pandangan Philip Morris International. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kandungan atau pautan yang dikongsi oleh Anda atau individu lain. Jika Anda ingin berkongsi halaman ini atau kandungannya dengan komuniti Anda sendiri, sila pastikan individu yang melihat kandungan Anda adalah perokok yang cukup umur atau pengguna peranti vape VEEV ONE yang dewasa.

LIABILITI DAN PENAFIAN

Penggunaan Akaun Media Sosial kami oleh anda adalah di atas risiko anda sendiri. Laman media sosial kami disediakan atas dasar "seadanya" dan "seperti yang tersedia". Jika diperlukan, kami mungkin akan menyekat akses Anda kepada Akaun Media Sosial kami atau mana-mana ciri atau sebahagian daripadanya pada bila-bila masa. Kami menafikan semua waranti dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat, termasuk waranti kebolehdagangan, kualiti yang memuaskan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu yang tersirat, dan sebarang waranti yang terdapat di laman media sosial kami tidak melanggar peraturan; bahawa akses kepada halaman kami tidak akan terganggu atau bebas dari ralat; bahawa laman media sosial kami adalah selamat; atau maklumat di laman media sosial kami adalah lengkap, tepat atau sentiasa dikemas kini.

Jika terdapat pihak yang membawa tuntutan terhadap kami berkaitan dengan tindakan atau sumbangan Anda, Anda akan menanggung rugi dan memastikan kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kerugian dan perbelanjaan dalam apa jua bentuk (termasuk yuran dan kos guaman yang munasabah) yang berkaitan dengan tuntutan tersebut.

Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, Anda memahami dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit, punitif, atau apa-apa kerosakan lain yang berkaitan dengan atau akibat daripada penggunaan Anda atau ketidakupayaan Anda untuk menggunakan laman media sosial kami. Ini termasuk ganti rugi untuk kesilapan, peninggalan, gangguan, kecacatan, kelewatan, virus komputer, kehilangan keuntungan Anda, kehilangan data, akses tanpa kebenaran dan pengubahan penghantaran dan data Anda, dan kerugian ketara dan tidak ketara yang lain. Penghadan ini terpakai tanpa mengira sama ada ganti rugi berkenaan dituntut di bawah terma kontrak, akibat kecuaian, atau mana-mana sebab lain, dan juga walaupun kami atau wakil kami telah cuai atau telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut.

Privasi Anda

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami mengendalikan maklumat anda, termasuk maklumat yang dikumpulkan oleh kami, tujuan kami menggunakannya, kepada siapa ia dikongsikan, dan cara kami melindungi privasi anda, sila layari https://pmiprivacy.com/malaysia/ms/consumer/

Perubahan kepada Syarat-syarat ini

Kami berhak untuk meminda Syarat-syarat ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis. Kami menggalakkan Anda menyemak Syarat-syarat ini setiap kali Anda mengakses dan menggunakan laman media sosial kami untuk mengikuti perkembangan terkini. Jika anda kemudiannya terus menggunakan laman media sosial kami, Penggunaan anda menandakan persetujuan anda untuk menerima Syarat-syarat yang dikemas kini. Tarikh di bahagian atas halaman ini menunjukkan bila kali terakhir Syarat-syarat ini dikemas kini.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Bidang kuasa

Syarat-syarat ini dan penggunaan laman media sosial kami oleh Anda akan dikendalikan di bawah Undang-undang Switzerland, dan tanpa boleh ditarik-balik, Anda bersetuju untuk ditadbir di bawah bidang kuasa mahkamah berwibawa yang terletak di Lausanne, Switzerland, tanpa mengambil kira sebarang konflik peruntukan undang-undang antarabangsa, dan mengecualikan Konvensyen 1980 U.N. mengenai Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa.

Hak Penyerahan, Tiada Penepian, Kebolehpisahan

PMI boleh menyerahkan hak dan kewajipannya di bawah Syarat-syarat ini kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa tanpa notis kepada Anda, melainkan jika notis kepada Anda diperlukan oleh undang-undang yang terpakai, tetapi ini tidak akan menjejaskan hak Anda atau kewajipan kami di bawah Syarat-syarat ini.

Kegagalan kami untuk mendesak atau menguatkuasakan pelaksanaan ketat Syarat ini bukanlah penepian mana-mana Syarat atau hak PMI ini. Pengguna hendaklah sentiasa menganggap Syarat-syarat ini akan terpakai.

Jika mana-mana peruntukan dalam Syarat-syarat ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan lain yang terkandung di dalamnya masih akan terus dikuatkuasakan.

Terima kasih kerana membaca. Sila nikmati komuniti kami!

Syarat Pengunaan dan Privasi Korporat untuk media sosial

Terma dan syarat penggunaan media sosial dan privasi anda pada laman media sosial ini (“Terma dan Syarat”)

Laman media sosial kami direka untuk menggalakkan perbualan tentang kami, rangka kerja yang kami jalankan dan pengalaman bekerja di sini. Laman ini tidak direka untuk memasarkan, mengiklankan atau mempromosikan produk, jenama atau sekuriti kami.

Terma dan Syarat ini bertujuan untuk memastikan perbincangan yang bermakna, telus, dan bermanfaat dapat dijalankan di laman media sosial kami.

Dengan menggunakan mana-mana laman media sosial kami, anda bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat ini. Anda juga bersetuju untuk mematuhi mana-mana terma dan syarat penggunaan khusus platform lain yang berkenaan (cth. Pernyataan Hak dan Tanggungjawab Facebook, Syarat Penggunaan Instagram, dsb.).

Laman media sosial kami tidak tersedia untuk kegunaan pengguna berumur 18 tahun ke bawah dan sebarang pandangan dan kenyataan mesti dibuat oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

KENYATAAN ANDA

Anda bertanggungjawab untuk sebarang kenyataan anda di laman media sosial kami. Kami tidak membuat sebarang komitmen untuk membalas setiap kenyataan.

Sebarang kenyataan yang disiarkan haruslah bersifat sopan dan relevan dengan topik yang dibincangkan. Sehubungan itu, kenyataan yang bersifat seperti berikut adalah dilarang sama sekali:

  1. tidak sopan, menyinggung perasaan, kata-kata kesat, fitnah, perkauman, kebencian, seksis, lucah, homofobik, menghasut atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan;
  2. kandungan tidak senonoh, seksual eksplisit atau pornografik;
  3. palsu, tidak tepat, mengelirukan atau berdasarkan khabar angin;
  4. siaran secara berlebihan atau dikelas sebagai 'spam';
  5. mengancam;
  6. melanggar undang-undang;
  7. mendedahkan maklumat peribadi bagi individu lain;
  8. melanggar mana-mana hak harta intelek pihak ketiga (seperti hak cipta, pangkalan data, rahsia dagangan, maklumat sulit atau tanda dagangan);
  9. menyamar sebagai orang lain;
  10. tawaran untuk menjual atau mendapatkan tawaran untuk membeli mana-mana sekuriti Philip Morris International Inc.;
  11. mengiklankan, mempromosikan, memasarkan atau menyokong produk dan jenama kami; atau
  12. mengiklankan, mempromosikan, memasarkan atau menyokong mana-mana pihak ketiga, atau mana-mana barangan, perkhidmatan atau jenama pihak ketiga.

Kami mempunyai hak untuk mendedahkan identiti anda kepada mana-mana pihak ketiga yang mendakwa bahawa apa-apa kandungan dan kenyataan yang disiarkan atau dimuat naik oleh anda ke laman media sosial kami melanggar mana-mana undang-undang yang terpakai, hak harta intelek mereka, atau hak privasi mereka.

Sebarang pandangan yang dikemukakan oleh pengguna lain di laman media sosial ini adalah pandangan individu semata-mata dan bukan pandangan kami.

PENYEDERHANAAN

Laman media sosial kami dipantau untuk memastikan semua kenyataan adalah relevan dan mematuhi Terma dan Syarat ini. Kami boleh dihubungi di laman media sosial kami pada hari Isnin hingga Ahad dari 9AM - 6PM.

Kami berhak (mengikut budi bicara mutlak kami) menghalang sebarang kenyataan daripada disiarkan di laman media sosial kami, atau mengalih keluar sebarang kandungan daripada laman media sosial kami, jika kami menentukan bahawa kenyataan berkenaan tidak mematuhi Terma dan Syarat ini atau mana-mana syarat khusus platform lain yang berkenaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk memberitahu anda tentang sebarang keputusan sedemikian.

Pelanggaran mana-mana satu Terma dan Syarat ini atau mana-mana syarat penggunaan khusus platform lain yang berkenaan boleh mengakibatkan anda dilarang atau disekat daripada laman media sosial kami. Melarang atau menyekat akaun dari laman media sosial kami adalah keputusan mengikut budi bicara mutlak kami.

PERTANYAAN KHIDMAT PELANGGAN

Kami tidak menggunakan laman media sosial kami untuk menjawab pertanyaan khidmat pelanggan. Sila layari https://www.pmi.com/contact-us untuk maklumat lanjut tentang cara mengajukan pertanyaan berkaitan dengan khidmat pelanggan.

LAMAN MEDIA SOSIAL KAMI

Kami tidak menjamin bahawa kandungan yang kami sediakan di laman media sosial kami adalah tepat, lengkap atau terkini. Kandungan ini disediakan untuk maklumat am sahaja dan tidak boleh dipercayai atau digunakan sebagai asas untuk membuat keputusan penting tanpa merujuk sumber maklumat yang utama atau yang lebih tepat, lebih lengkap atau lebih terkini. Sebarang pergantungan pada kandungan di laman media sosial kami adalah atas risiko anda sendiri. Laman media sosial kami mungkin mengandungi maklumat sejarah. Maklumat sejarah, semestinya, tidak terkini dan disediakan untuk rujukan anda sahaja.

Sebarang "follow," "like," "repost," atau mana-mana indikasi serupa dengannya oleh kami tidak melambangkan, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai sokongan dalam apa jua bentuk.

Walaupun kami mempunyai laman media sosial rasmi pada platform media sosial pihak ketiga, ini tidak bermakna kami menyokong platform tersebut atau kami bertanggungjawab ke atas produk atau perkhidmatan mereka.

Jika anda mengakses platform media sosial pihak ketiga, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan lain yang anda alami akibat daripada penggunaan tersebut.

Anda boleh kongsi kandungan yang kami siarkan di laman media sosial kami, dengan syarat anda tidak mengubah suainya.

STRUKTUR KAMI

Laman media sosial Philip Morris International Inc. dikendalikan oleh pasukan InsidePMI di Philip Morris Products S.A. Philip Morris International, Inc. ialah syarikat induk Philip Morris Products S.A. Istilah "Philip Morris International", "PMI", "Anak syarikat PMI", dan “kami” merujuk, mengikut kesesuaian konteks, kepada Philip Morris International, Inc. atau salah satu atau lebih daripada satu anak syarikatnya.

ADUAN

Jika anda ingin mengadu tentang sebarang sumbangan yang dihantar ke laman media sosial kami, sila hubungi customer care team kami di contact.my@veev-vape.com. Apabila anda membuat aduan, sila nyatakan sebab aduan anda dan nyatakan lokasi kenyataan yang anda adukan. Kami mungkin akan minta maklumat lanjut daripada anda mengenai aduan anda sebelum kami memprosesnya. Kenyataan ini akan disemak dan kami akan putuskan sama ada ia mematuhi Terma dan Syarat ini.

HAK HARTA INTELEK

Kami menghormati hak harta intelek orang lain dan kami harap anda lakukan perkara yang sama. Anda menjamin bahawa semua kandungan yang anda siarkan di laman media sosial kami adalah karya asal anda sendiri, atau jika ia dilindungi oleh hak harta intelek yang dimiliki oleh pihak ketiga, anda menjamin bahawa pemilik kandungan tersebut telah memberikan kebenaran kepada anda untuk menggunakan kandungan tersebut sama dengan cara dan tujuan penggunaan anda.

Penggunaan laman media sosial kami untuk mengedarkan salinan bahan berhak cipta tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.

Pelanggaran berulang terhadap hak harta intelek pihak ketiga boleh mengakibatkan larangan atau penyekatan akaun anda daripada laman media sosial kami. Kami mempunyai budi bicara mutlak untuk mengambil sebarang tindakan yang berpatutan. Sebarang tindakan atau ketiadaan tindakan daripada pihak kami tidak boleh ditafsirkan sebagai sebarang sokongan terhadap sebarang tuntutan pelanggaran hak harta intelek.

Sila ambil perhatian bahawa dengan menyiarkan kenyataan di laman media sosial kami, anda memberikan PMI hak yang bukan-eksklusif di seluruh dunia, yang boleh dipindah milik, disub-lesen, dan bebas royalti untuk menggunakan, memaparkan, menyalin, mengubahsuai, menerbitkan semula, mengedar semula atau sebaliknya gunakan kenyataan anda dalam apa jua cara yang kami putuskan (sama ada untuk tujuan komersial atau bukan komersial) dalam mana-mana media atau melalui sebarang kaedah pengedaran. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda boleh memberikan kami hak ini.

Jika anda berpendapat bahawa sebarang karya di laman media sosial kami telah disalin dengan cara yang melanggar hak harta intelek, sila hubungi customer care team kami di contact.my@veev-vape.com

PAUTAN

Laman media sosial kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Sesetengah daripada laman ini mungkin dikendalikan oleh kami, dan sebahagian daripadanya mungkin dikendalikan oleh pihak ketiga. Pautan ini disediakan sebagai kemudahan dan cara tambahan untuk mengakses maklumat di laman lain yang berkenaan. Kami tidak semestinya telah menyemak semua maklumat di laman lain ini dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan mana-mana laman lain atau untuk sebarang produk atau perkhidmatan yang mungkin ditawarkan melalui laman lain. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin timbul daripada penggunaan anda.

Laman web pihak ketiga mungkin mengandungi maklumat yang tidak disokong oleh kami. Penyediaan pautan ke laman web lain tidak boleh ditafsirkan sebagai sokongan kami terhadap kandungan di laman web yang terpaut.

Terma dan syarat yang berbeza mungkin terpakai semasa penggunaan mana-mana laman web yang dipautkan. Anda bersetuju dan memahami bahawa semua maklumat (seperti fail maklumat, teks bertulis, perisian komputer, muzik, fail audio atau bunyi lain, gambar, video atau imej lain) yang anda mungkin boleh akses melalui pautan ke laman lain adalah tanggungjawab individu asal yang menyediakan kandungan tersebut.

SEKURITI PHILIP MORRIS INTERNATIONAL INC.

Kami tidak memberikan nasihat pelaburan melalui laman media sosial kami, dan maklumat dan bahan yang tersedia melalui laman tersebut tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual, atau permintaan tawaran untuk membeli, sebarang sekuriti Philip Morris International Inc. Jika anda membuat keputusan untuk menggunakan apa-apa maklumat atau bahan yang tersedia melalui laman web tersebut dalam menilai sama ada untuk membeli atau menjual sekuriti Philip Morris International Inc., sila ambil perhatian bahawa maklumat dan bahan tersebut secara amnya mencerminkan prestasi masa lalu dan maklumat sejarah sahaja, dan prestasi dan maklumat tersebut, semestinya, tidak merupakan indikasi prestasi masa hadapan.

PRIVASI ANDA

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kami mengendalikan maklumat berkenaan anda, termasuklah maklumat yang kami kumpulkan, tujuan kami menggunakannya, dengan siapa kami berkongsi maklumat tersebut dan cara kami melindungi privasi anda, sila rujuk https://www.pmiprivacy.com/global/en/consumer/

LIABILITI DAN PENAFIAN

Penggunaan laman media sosial kami oleh anda adalah atas risiko anda semata-mata. Laman media sosial kami disediakan atas dasar "seadanya" dan "seperti yang tersedia". Setakat yang dibenarkan, kami mungkin akan menyekat akses anda ke laman media sosial kami atau mana-mana ciri atau sebahagian daripadanya pada bila-bila masa. Kami menafikan semua waranti dalam apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat, termasuk semua waranti tersirat terhadap kebolehdagangan, kualiti yang memuaskan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu dan sebarang waranti yang terdapat di laman media sosial kami tidak melanggarnya; bahawa akses kepada laman kami tidak akan terganggu atau bebas daripada ralat; bahawa laman media sosial kami adalah selamat; atau maklumat di laman media sosial kami adalah lengkap, tepat atau dikemas kini.

Jika sesiapa membawa tuntutan terhadap kami berkaitan dengan tindakan atau kenyataan anda, anda akan menanggung rugi dan memastikan kami tidak menanggung kos mana-mana kerosakan, kerugian dan perbelanjaan dalam apa jua bentuk (termasuk yuran guaman dan kos mahkamah yang munasabah) yang berkaitan dengan tuntutan tersebut.

Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, anda memahami dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit, punitif, atau apa-apa kerosakan lain yang berkaitan dengan atau akibat daripada penggunaan atau ketidakupayaan anda untuk menggunakan laman media sosial kami. Ini termasuk kerosakan dari segi ralat, peninggalan, gangguan, kecacatan, kelewatan, virus komputer, kehilangan keuntungan anda, kehilangan data, akses tanpa kebenaran dan pengubahan penghantaran dan data anda serta kerugian ketara dan tidak ketara lain. Had ini akan terpakai tanpa mengira sama ada ganti rugi tersebut dituntut di bawah terma kontrak, akibat kecuaian, atau sebaliknya, dan walaupun kami atau wakil kami telah cuai atau telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut.

BIDANG KUASA DAN UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR

Undang-undang Switzerland yang mentadbir Terma dan Syarat ini dan penggunaan laman media sosial kami oleh anda, dan anda bersetuju tanpa boleh dibatalkan dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah yang terletak di Lausanne, Switzerland untuk sebarang tindakan bagi menguatkuasakan Terma dan Syarat ini. Kami mengakui bahawa anda boleh mendapatkan akses ke laman media sosial kami dari mana-mana kawasan bidang kuasa di dunia, dan kami tidak mempunyai keupayaan praktikal untuk menghalang akses tersebut. Laman media sosial kami direka mengikut keperluan undang-undang Switzerland. Perniagaan yang dijalankan oleh anak syarikat Philip Morris International, Inc. beroperasi di pelbagai negara di seluruh dunia dan mematuhi undang-undang bidang kuasa tertentu di mana mereka beroperasi. Jika mana-mana bahan di laman media sosial kami, atau penggunaan laman media sosial kami oleh anda adalah bertentangan dengan undang-undang tempatan anda semasa anda mengaksesnya, laman media sosial tersebut tidak ditujukan untuk anda dan kami meminta anda untuk tidak gunakan laman media sosial kami. Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan diri anda tentang undang-undang di bawah bidang kuasa tempatan anda dan mematuhinya.

PERUBAHAN KEPADA TERMA DAN SYARAT INI

Kami boleh meminda Terma dan Syarat ini dari semasa ke semasa. Anda bertanggungjawab untuk semak secara berkala untuk mana-mana pindaan dan perubahan yang dibuat terhadap Terma dan Syarat ini. Jika anda meneruskan penggunaan laman media sosial ini selepas perubahan berkenaan dibuat, penggunaan anda akan bermaksud anda menerima Terma dan Syarat yang dikemas kini ini.

Terma & Syarat - Ganjaran Pendaftaran Pengguna VEEV ONE

1. Tempoh Program 

"Ganjaran Pendaftaran Pengguna VEEV ONE" ("Program") ini adalah dianjurkan oleh Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, Aras 25, 1 Powerhouse, No. 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan ("Penganjur") dan akan berlangsung mulai 1 November 2024 dan seterusnya atau mana-mana tempoh lain seperti yang diumumkan dari semasa ke semasa ("Tempoh Program"). 

2. Kelayakan

Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, Program ini hanya terbuka kepada pengguna berdaftar baru dan sedia ada yang menetap di Malaysia semasa Tempoh Program yang telah membeli peranti VEEV ONE (“Peranti vape”) dan mendaftar sebagai pengguna melalui microsite pendaftaran atau platform penglibatan perdagangan digital yang berkaitan ("DTE") ("Pengguna Berdaftar") dari 1 November 2024. 

3. Kriteria

Pengguna Yang Berdaftar berhak menerima ganjaran pendaftaran ("Ganjaran") yang ditetapkan seperti di bawah :-

 Jenis Jenama Peranti
 Ganjaran
 VEEV ONE
 Pin kredit TNG bernilai RM5 

  • 4. Kredit TNG yang diberi tidak bertujuan untuk digunakan bagi pembelian sebarang produk nikotin atau tembakau. 
  • 5. Kelayakan untuk Ganjaran ini dihadkan kepada tiga (3) Peranti pertama sahaja, yang didaftarkan mulai 1 November 2024 dan seterusnya. 
  • 6. Ganjaran ini tidak terpakai untuk Peranti yang dibeli dan/atau didaftarkan di IQOS Authorised Store , IQOS.com, Kedai Rasmi IQOS di Lazada dan Shopee, atau melalui IQOS Care Team. 
  • 7. Ganjaran akan dihantar kepada Pengguna Yang Berdaftar melalui E-MEL yang telah disahkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengguna berdaftar berjaya direkodkan sebagai pengguna yang disahkan sebagai pengguna yang disahkan dalam pangkalan data IQOS.
  • 8. Kredit TNG sah selama tiga (3) bulan dari tarikh dikeluarkan. Ia boleh ditebus di mana-mana peniaga TNG termasuk IQOS Authorised Store. 
  • 9. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kredit TNG yang telah tamat tempoh, hilang atau dicuri. Tiada penggantian Ganjaran akan disediakan oleh Penganjur. 
  • 10. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk melakukan pemeriksaan audit ke atas transaksi pendaftaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelayakan Pengguna Berdaftar. Sekiranya pengguna berdaftar didapati bukan perokok, atau berumur bawah 18 tahun, atau bukan pembeli/pengguna Peranti yang tulen, atau tidak boleh dihubungi dengan apa jua cara, Penganjur berhak untuk tidak menghormati, melucutkan, menarik balik atau menamatkan Ganjaran jika Ganjaran telah dihantar kepada Pengguna Berdaftar.
  • 11. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan Ganjaran dengan produk lain dengan nilai yang setara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
    Lain-lain
  • 12. Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Program adalah muktamad dan mengikat.
  • 13. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Program tanpa notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan, atau penggantungan oleh Penganjur Program tidak akan menjamin sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Penganjur untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami. 
  • 14. Penganjur berhak mengubah, meminda, mengubah suai, atau menukar mana-mana Terma dan Syarat ini mengikut budi bicara tanpa notis, dan sebarang perubahan tersebut akan berkuat kuasa selepas versi baharu Terma dan Syarat dipaparkan di laman web Penganjur. Penyertaan anda yang berterusan dalam Program selepas perubahan tersebut menandakan penerimaan anda terhadap Terma dan Syarat yang baharu. Anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak Terma dan Syarat ini di laman web Penganjur bagi sebarang perubahan. 
  • 15. Penganjur berhak untuk tidak menghormati Ganjaran, atau membatalkan kelayakan mana-mana orang yang layak daripada menyertai Program jika terdapat syak wasangka penipuan, sebarang aktiviti haram, atau sebarang aktiviti yang tidak diluluskan atau dibenarkan oleh Penganjur. 
  • 16. Dengan menyertai Program ini, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini (seperti yang diubah suai dan dipinda dari semasa ke semasa) serta sebarang Keputusan Penganjur. Anda dengan ini bersetuju terhadap pemprosesan data peribadi seperti yang dinyatakan dalam notis privasi https://www.pmiprivacy.com/ms/consumer.
  • 17. Terma dan Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian undang-undang akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
  • 18. Untuk persoalan, pertanyaan dan maklumat hubungan, hubungi kami di 1800-81-0958. 
  • 19. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.