banner-main-veev-desktop

Langkah-langkah pertama anda bersama peranti vape VEEV ONE

Ketahui kesemuanya untuk anda bermula dengan peranti vape VEEV ONE:

Cara penggunaan yang betul serta tip-tip untuk pengalaman yang terbaik.

icon veev

Peranti vape VEEV ONE

Cara menggunakan peranti vape VEEV ONE™ buat pertama kali.

  1. Unbox
    Bersedia untuk pengalaman baharu bersama peranti vape VEEV ONE™ dan pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan sebelum mula: peranti, Kabel Pengecas yang diluluskan oleh pengeluar bersama Penyesuai Kuasa AC sah serta bahan cecair VEEV ONE™ kegemaran anda.
  2.  Penyediaan
    Masukkan pod V-CERAMIC™ ke dalam peranti anda dan bersedia untuk menikmatinya.
  3. Hidupkan
    Pastikan peranti vape VEEV ONE™ anda dicas secukupnya untuk memulakan pengalaman. Sebelum penggunaan pertama, tekan dan tahan butang ON/OFF selama tiga saat, kemudian lepaskan untuk menghidupkan peranti . Empat lampu putih akan menyala perlahan-lahan sebagai tanda peranti sedia digunakan.
  4. Peranti vape
    Mudah sahaja: terus guna saja! Sedutan perlahan akan memberikan pengalaman vape terbaik dengan peranti vape VEEV ONE™. Anda juga boleh menukar pod V-CERAMIC™ bila-bila masa walaupun peranti masih hidup.
  5. Matikan
    Jika peranti vape VEEV ONE™ tidak digunakan selama tiga saat, ia akan masuk ke mod tidur secara automatik untuk menjimat bateri.
    Anda juga boleh matikan peranti secara manual dengan menekan butang ON/OFF selama tiga saat sehingga semua lampu status padam.

VEEV VAPE

Tip dan Panduan

VEEV VAPE

Semakan bateri

  • Dengan peranti vape VEEV ONE™, anda sentiasa tahu bila ia perlu dicas. Anda boleh semak tahap bateri dengan mudah dengan menekan butang ON/OFF seketika.
  • Empat lampu putih akan menyala untuk menunjukkan tahap bateri.
  1. satu lampu putih = 1% – 25% caj
  2. dua lampu putih = 25% – 50% caj
  3. tiga lampu putih = 50% – 75% caj
  4. empat lampu putih = >75% caj

Jangan tutup lubang aliran udara Airflow.

  • Untuk memastikan penghantaran aerosol yang betul, udara perlu sentiasa dapat mengalir melalui peranti anda.
  • Bila anda menyedut, pastikan dua lubang aliran udara di sisi peranti tidak tertutup oleh jari anda atau ada halangan lain.

VEEV VAPE

VEEV VAPE

Cara menukar pod V-CERAMIC™ anda.

  • Anda boleh menukar pod V-CERAMIC™ dengan mudah bila-bila masa walaupun peranti vape VEEV ONE™ masih hidup.
  • Apabila pod baharu dimasukkan, lampu status akan menyala perlahan sebagai tanda peranti sedia digunakan.
  • Tambahan pula, tiada rasa tinggalan daripada pod sebelumnya.